KE UDARA
NET REAKSI (SELASA, 10 MALAM)
Sertai net yang dianjurkan di frekuensi VHF/UHF simplex dan repeater bagi membolehkan anda menguji keupayaan radas dan antenna anda. Net ini akan dijalankan pada hari Selasa pada jam 10 malam. Dapatkan kad e-QSL selepas acara net ini berakhir.
pemancaran SSTV (program berkala)
Terdapat perancangan untuk melakukan pemancaran imej SSTV secara berkala di frekuensi simplex FM 2m dan repeater 70cm. Pemancaran tersebut dilakukan dari rumah kelab REAKSI dan pengendali-pengendali radio amatur yang berdekatan boleh menerima imej yang dihantar.
HAB FM X-REPEATER QSO PARTY
REAKSI bertanggungjawab mereka bentuk dan memasang "payload" yang berupa satu sistem repeater silang jalur (crossband) dan beroperasi dalam jalur 2m/70cm. Acara ini merupakan kolaborasi antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM bersama dengan REAKSI. Acara ini diadakan pada 21 Januari 2024 (Ahad).