ANTENNA SATELIT AMATUR
Satelit amatur atau lebih dikenali sebagai AMSAT merupakan teknik komunikasi menggunakan kemudahan satelit bersaiz mikro yang kebanyakannya terdapat di orbit rendah bumi (LEO), iaitu kira kira beberapa ratus kilometer dari permukaan bumi. Kebanyakan satelit ini dibangunkan sendiri oleh pelajar-pelajar universiti, pengendali radio amatur dan penyelidik dari pelbagai negara. AMSAT menggunakan banyak jalur frekuensi radio amatur antaranya VHF, UHF dan SHF.
Bagi operasi pengulang FM suara, kebiasaannya ia menggunakan jalur yang berbeza bagi "Uplink" dan "Downlink" sama ada 2m (145.800 - 146.000MHz) atau 70cm (435.000 - 438.000MHz). Terdapat juga beberapa aktiviti komunikasi antara bumi dan stesen angkasa antarabangsa (ISS) yang kebiasaanya menggunakan frekuensi 145.800MHz (FM Suara dan SSTV) dan 145.825MHz (APRS 1200baud). Bagi membolehkan pengendali radio amatur mengakses AMSAT, beberapa jenis antenna boleh dibuat seperti mana yang dikongsikan di bawah.
yg vu-24 2M/70CM OPEN SLEEVE YAGI
Antenna Yagi YG VU-24 merupakan reka bentuk yang dibangunkan oleh Sofi, 9M2SAR yang terdiri daripada 2 elemen bagi jalur 2m manakala 4 lagi elemen bagi jalur 70cm. Salah satu radiator bagi elemen 70cm diletakkan sangat hampir dengan elemen dwikutub (dipole) 2m bagi membolehkan gandingan (coupling) berlaku dan tenaga dari dwikutub disalurkan ke elemen 70cm tersebut. Seterusnya tenaga-tenaga tersebut di salurkan ke elemen-elemen 70cm yang lain.
Dengan teknik ini, pengendali radio amatur dapat menggunakan antenna tersebut bagi kedua-dua jalur 2m dan 70cm dengan hanya menyambungkan satu kabel coax sahaja. Antenna ini sesuai bagi mereka yang tidak menggunakan mod duplex penuh, iaitu tidak menerima dan memancar isyarat pada masa yang sama.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
UKURAN DAN BINAAN PRAKTIKAL
Bahagian-bahagian cetakan 3D bagi pembuatan antenna ini boleh didapati di Shopee REAKSI.
YGX-VU36 2M/70CM ARROW-STYLE YAGI
Berbanding antenna YG-VU24 yang telah dinyatakan di atas, antenna Yagi bagi model YGX-VU36 pula menampikan reka bentuk berbeza di mana elemen Yagi bagi jalur 2m dan 70cm disusun secara berserenjang atau 90 darjah antara satu sama lain. Antenna tersebut mempunyai sebanyak 3 elemen bagi jalur 2m manakala 6 elemen lagi bagi jalur 70cm. Antenna ini direka bentuk oleh Sofi, 9M2SAR.
Tidak seperti antenna lain, antenna ini memerlukan dua sambungan yang berasingan bagi jalur 2m dan 70cm. Teknik ini memiliki kelebihan di mana pengendali radio amatur dapat mengendalikan duplex penuh dengan menggunakan dua radio di dua jalur yang berbeza. Selain itu, susunan elemen secara berserenjang antara jalur tersebut membantu mengurangkan gangguan antara TX dan RX ketika mengendalikan duplex penuh.
Pengendali radio amatur masih boleh menggunakan antenna ini dengan satu radio (separuh duplex atau simplex) namun perlu memasang aksesori tambahan yang dipanggil "Diplexer". Diplexer merupakan penapis yang telah ditala, salah satu bahagian ditala ke jalur rendah (VHF) manakala satu lagi di jalur tinggi (UHF) dan kemudian, ia disambungkan sekali kepada satu kabel coax yang sama.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
UKURAN DAN BINAAN PRAKTIKAL
Bahagian-bahagian cetakan 3D bagi pembuatan antenna ini boleh didapati di Shopee REAKSI.
DOUBLE CROSS DIPOLE 145.8MHz
Double Cross Dipole merupakan antenna yang dibina daripada empat antenna dwikutub yang berbeza. Kesemua antenna dwikutub tersebut kemudiaannya disambungkan menjadi satu sambungan akhir. Melalui kombinasi keempat-empat antenna dwikutub yang disambungkan dengan fasa yang berbeza membolehkan corak radiasi dikawal menjadi polarisasi RHCP atau LHCP bergantung kepada sudut condong yang ditetapkan.
Artikel berkenaan antenna ini ditulis secara terperinci seperti yang telah disiarkan oleh Gerald Martes, KD6JDj dalam majalah QST Feb 2008. Sofi, 9M2SAR mereka bentuk semula dan membuat antenna ini bagi membolehkan ia bekerja dalam julat AMSAT 2M iaitu dari 145.800 hingga 146.000MHz menggunakan saiz bahan yang sesuai dan terdapat di pasaran Malaysia.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
UKURAN DAN BINAAN PRAKTIKAL